BERTERIMA KASIH KEPADA SHAFIE APDAL KERANA DAPAT CUKAI PETROLEUM

SHAFIE APDAL

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Cukai jualan ke atas produk petroleum bernilai lebih RM1 bilion yang akan dikutip kerajaan negeri daripada Petronas adalah hasil usaha bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sejak 2018 lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu berterima kasih kepada Mohd. Shafie kerana kerja keras selama 26 bulan mentadbir Sabah berjaya mengembalikan hak negeri ini seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Baru-baru ini saya tengok GRS ada kenyataan daripada Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bahawa kerajaan negeri akan dapat cukai daripada Petroleum yang mungkin mencecah RM1 bilion lebih untuk Sabah.

“Jadi Jeffrey harus berterima kasih kepada Mohd. Shafie kerana usaha sebelum ini, sebelum kerajaan Warisan memerintah tidak pernah pun diangkat perkara ini, Mohd. Shafie memperjuangkan hak-hak Sabah melebihi kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.

SARIFUDDIN HATA

Beliau merujuk kepada kenyataan Jeffrey kelmarin yang mengatakan Sabah akan mengutip cukai sebanyak RM1.25 bilion daripada Petronas bermula tahun depan.

Mengulas lanjut, Sarifuddin berkata, perancangan untuk mengenaian cukai lima peratus itu bermula pada tahun 2018 tetapi tidak dilaksanakan ketika itu kerana perundingan antara Kerajaan Sabah dengan Persekutuan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih berjalan.

“Jawatankuasa yang dipengerusikan Tun Mahathir sepatutnya membuat keputusan pada bulan Mac tetapi disebabkan pertukaran kerajaan semua tertangguh.

“Jadi pada masa itu Mohd. Shafie mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk menghantar surat kepada semua syarikat pengendali petroleum di Sabah untuk mengenakan cukai lima peratus,” katanya.

Katanya, pelaksanaan cukai lima peratus itu dibuat kerana Kerajaan Warisan berpendapat peruntukan daripada Persekutuan sahaja tidak akan cukup, justeru Sabah perlu mencari dana sendiri apatah lagi hasil yang merupakan hak negeri.

“Ini adalah perjuangan Mohd. Shafie selama 26 bulan untuk kembalikan hak Sabah, hasil cukai itu bukan sahaja akan dikutip tahun depan tetapi akan dapat dinikmati oleh anak cucu kita sampai bila-bila,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close