Cukai Makanan Laut: Respon Jeff Kitingan Mengundang Kemarahan

OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Respon Datuk Dr. Jeffrey Kitingan baru-baru ini berkenaan cukai makanan laut telah mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Pada hari Ahad yang lalu, ketika melancar Air Asia Farm di Kota Kinabalu, Jeffrey telah memberitahu wartawan bahawa cukai makanan laut akan dilaksanakan apabila ‘keadaan sudah kembali ok’.

Membalas jawapan Jeffrey, Datuk Junz Wong yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah mempersoal kesamaran yang dibangkitkan.

“Saya amat terkilan dengan jawapan Jeffrey sebagai Menteri Perikanan. Seolah-olah dia tidak prihatin dan tidak tahu tentang industri perikanan.”

“Siapa yang akan tentukan sama ada ‘keadaan sudah kembali ok’? Jeffrey tentukan? Hajiji tentukan? GRS tentukan?”

“Macam mana mereka nak tentukan? Apa kayu ukurnya? Apa indikatornya?”

“Hakikat bahawa GRS telah mengumum satu cukai baru ketika ekonomi tenat sudah cukup untuk menunjuk ketidakprihatinan mereka.”

Junz menambah, jawapan Jeffrey juga membuktikan bahawa Jeffrey tidak memahami industri perikanan Sabah.

“Saya agak Jeffrey tidak memahami industri perikanan Sabah.”

“Dia kata, tiada apa-apa yang nak diadu sekarang sebab Sabah tidak mampu mengeksport dalam keadaan ekonomi sekarang.”

“Jadi saya senaraikan apa masalah polisi Jeffrey.”

“Pertamanya pihak yang berminat melabur di Sabah. Mereka belum ada di Sabah, tapi berminat melabur di Sabah.”

“Dengan mengetahui suatu hari nanti mereka bakal dicukai oleh GRS apabila ‘keadaan sudah kembali ok’, adakah mereka masih berminat untuk melabur di Sabah?”

“Atau mereka sudah mula mempertimbangkan negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia yang menawar insentif lebih menarik?”

“Sekarang pasal pelabur-pelabur sedia ada. Mereka sudah ada kolam ikan dan kilang di Sabah.”

“Dengan mengetahui suatu hari nanti mereka bakal dicukai oleh GRS apabila ‘keadaan sudah kembali ok’, adakah mereka masih akan meneruskan rancangan mengembangkan pelaburan mereka di Sabah?”

“Atau mereka sudah mula merancang penguncupan pelaburan sedia ada, sebagai persediaan berpindah ke negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina dan Indonesia yang menawar insentif lebih menarik?”

Dalam pada itu, Junz turut menjelaskan masalah-masalah yamg dihadapi industri perikanan.

“Memandangkan Jeffrey tidak tahu buat kerjanya, izinkan saya menjelaskan.”

“Oleh kerana pandemik Covid-19 dan PKP ini, pasaran permintaan sudah menguncup. Eksport berkurang, pelancong pun tiada. Siapa nak makan makanan laut Sabah?”

“Jadi penternak-penternak tidak boleh menuai ikan yang diternak. Mereka terpaksa terus menternak ikan yang ada sehingga sudah melebihi saiz. Kerana ini aset.”

“Menternak ikan-ikan besar ini memakan kos berlebihan.”

“Kilang-kilang pun terpaksa mencari bilik penghawa dingin yang lebih banyak untuk menyimpan stok berlebihan.”

“Pengambilalihan bilik-bilik penghawa dingin berlebihan ini memakan kos berlebihan.”

“Semua pihak menanggung kos berlebihan. Dari penternak sampai pengilang.”

“Harapan mereka cuma suatu hari nanti, apabila keadaan kembali ok, keuntungan yang dijana boleh menanggung kos yang dibayar sekarang.”

“Tapi Jeffrey tiba-tiba kata, cukai baru akan dilaksana nanti.”

“Saya rasa, Jeffrey patut mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh industri perikanan. Jangan tahu merepek dan menyusahkan orang sahaja.”

“Dia patut lebih bertanggungjawab dan sensitif, kerana jawapan samar-samar dia hanya membingungkan industri perikanan.

Berkenaan manfaat cukai kepada Sabah, Junz berkata cukai bukan satu-satunya cara membawa manfaat kepada Sabah.”

“Jeffrey kata apabila kita eksport makanan laut, Sabah patut menerima manfaat.”

“Sebagai pemimpin, Jeffrey sepatutnya fikir secara bertanggungjawab dan praktikal.”

“Sepatutnya dia galakkan penternakan makanan laut kerana ia cara yang lebih mampan berbanding selalu tangkap dari laut.”

“Dengan menggalak penternakan makanan laut, kita tidak usik alam sekitar. Kita tidak rosakkan laut. Pada masa yang sama kita boleh memenuhi permintaan pasaran.”

“Bukankah ini cara yang lebih mampan?”

“Jadi kalau kita nak galak penternakan makanan laut, kerajaan harus sediakan insentif menarik agar pelabur-pelabur asing dan tempatan berminat menceburi bidang akuakultur.”

“Kolam-kolam ikan ini mencipta peluang pekerjaan baru. Ia juga membuka industri-industri hiliran baru yang juga mampu mencipta peluang pekerjaan baru.”

“Limpahan manfaat ekonomi begini, bukan manfaat untuk Sabah kah?”

“Jadi apa yang Jeffrey merepek pasal cukai?”

“Sebenarnya saya dimaklumkan bahawa kerajaan sudah tiada duit selepas mengagih kontrak sini sana. Sebab itu sekarang kiri kanan GRS cuba cekik rakyat untuk cari duit. GRS mahu tutup lubang yang digali.”

“Tak pasti lah betul atau tidak. Mungkin Jeffrey boleh perjelaskan.”

BERITA BERKAITAN: –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close