Kompleks Suria Sabah, Karamunsing & Centre Point Tidak Ditutup

OLEH SYAFIA AMIN
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan pusat beli belah yang tersenarai dalam sistem pengecaman lokasi panas untuk libat urus dinamik (HIDE) di Sabah untuk beroperasi seperti biasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak melaksanakan penutupan kompleks yang tersenarai dalam sistem HIDE selama tiga hari seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

Katanya, penutupan hanya akan dilaksanakan jika terdapat kes positif Covid-19 dikesan selepas membuat penilaian risiko.

Dengan ini, aktiviti membeli belah di Kompleks Suria Sabah, Karamunsing dan Centre Point dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membuat kawalan di pintu-pintu masuk dan memastikan bilangan pengunjung yang memasuki premis-premis ini tidak melebihi daya tampung yang dibenarkan.

“Pengunjung kompleks membeli belah hendaklah sentiasa mematuhi semua amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu pendaftaran nama, memakai pelitup muka, penjarakan fizikal serta membasuh tangan dan menggunakan pensanitasi tangan,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengarahkan semua premis dan pusat beli belah dalam senarai HIDE ditutup serta-merta selama tempoh tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close