Shafie Apdal Nyatakan Kesediaan Bekerjasama Dengan PBS

SHAFIE APDAL

OLEH ZARA DEBA
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal menjelaskan beliau lebih bersedia bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana statusnya sebagai parti tempatan untuk memperjuangkan hak-hak Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu berkata, perkara tersebut merupakan pandangan peribadinya selepas selalu ditanya oleh pelbagai pihak, namun tiada sebarang perbincangan atau pertemuan dilakukan antara WARISAN dengan PBS ke arah itu.

Katanya, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili adalah rakan baik beliau dan parti itu juga mempunyai beberapa pemimpin yang baik.

“Sejujurnya saya mahu bekerjasama dengan PBS, jika anda tanya saya tidak kisah bekerjasama dengan PBS.

“Ini adalah parti tempatan dan saya tahu sentimennya saya tahu kawan-kawan saya, semangat perjuangan mereka saya rasa parti tempatan itu lebih baik jika kita bekerjasama kenapa tidak,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan menggunakan aplikasi Zoom petang ini.

MAXIMUS ONGKILI

Beliau berkata, pilihan raya akan datang amat menarik kerana tiada mana-mana gabungan parti dijangka mampu mencapai majoriti mudah, justeru WARISAN perlu melihat kerjasama yang ada.

“Sudah tentu kita masih perlu bekerjasama dengan parti lain sebab kita satu negara, tidak boleh berlagak kita sendiri mesti ada kerjasama menjadi lebih kuat.

“Saya cuma berfikir kemungkinan itu demi rakyat Sabah maksud saya, saya cuma terangkan jika ada kemungkinan bekerjasama dengan mereka hak Sabah kepentingan bersama kenapa tidak,” tegasnya.

Ditanya mengenai khabar angin mengatakan ada perbincangan antara WARISAN dengan UMNO, Mohd. Shafie bagaimanapun mengatakan perkara itu masih terlalu awal.

Katanya, kerjasama tersebut jika berlaku sekalipun, WARISAN perlu menjadi ketua.

“UMNO juga menyatakan mereka mahu bekerjasama dengan kami kenapa tidak, tetapi sudah tentu kami perlu mengetuainya bukannya mereka beritahu apa yang mereka mahukan sahaja tetapi tidak bertanya apa pula yang kita mahukan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close