SHAFIE GESA KERAJAAN TANGANI KENAIKAN HARGA SECARA KOMPREHENSIF

KOTA KINABALU: Masalah kenaikan harga barang di pasaran perlu ditangani secara komprehensif bermula dari peringkat petani dan penternak.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tidak adil jika hanya peniaga yang diarahkan menurunkan harga jika harga asal daripada pengeluar sudah terlalu tinggi.

Beliau berkata, kenaikan harga ini berkait rapat dengan rantaian bekalan maka, usaha menangani kenaikan harga ini perlu bermula daripada peringkat awal.

“Kenaikan harga barangan ini memberi bebanan perbelanjaan yang tinggi terhadap pengguna jadi, masalah ini perlu ditangani segera.

“Saya faham bekalan sayur-sayuran di Semenanjung Malaysia turut berdepan dengan masalah tenaga kerja dan kos pengangkutan yang tinggi. Pekerja tempatan tidak mahu menjadi buruh dan harga minyak (petrol) pula meningkat.

“Perkara ini cukup serius dan perlu diatasi oleh pihak pemerintah di negara ini,” katanya selepas tinjauan harga barangan di Pasar Besar hari ini.

Menurut beliau, kos bahan binaan juga dilihat semakin tinggi hingga menyebabkan sektor pembinaan turut berhadapan dengan masalah.
Justeru, langkah penguatkuasaan sahaja tidak cukup kerana masalah kenaikan harga ini bermula di peringkat pengeluar dan pembekal.

“Contohnya harga seekor ayam dahulu RM9 dan sekarang harganya meningkat lebih RM1. Oleh itu, kita kena melihat harga yang ditetapkan oleh penternak mahupun pembekal dan kita juga harus mengambil kira kos pengangkutan dan penglibatan orang tengah,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau bimbang kadar inflasi di negara ini akan meningkat, begitu juga dengan bebanan hutang negara.

Tambah beliau, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan maka, kenaikan harga barangan di pasaran akan membebankan pengguna sebegini.

“Kerajaan hari ini melantik banyak menteri dan mereka mempunyai gaji. Namun, rakyat tiada (pendapatan) terpaksa berhadapan masalah harga barang yang tinggi, ini amat membebankan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close