PERJANJIAN KREDIT KARBON UMPAMA JUAL TANAH KEPADA PIHAK LUAR,PERLU PENELITIAN MENDALAM ATAU DIBATALKAN

KOTA KINABALU: Perjanjian kredit karbon kontroversi yang dipersetujui antara kerajaan negeri dengan sebuah firma Singapura umpama ‘menjual’ tanah kepada orang luar, dakwa Presiden Warisan Shafie Apdal.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan butiran perjanjian itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini sedang berlangsung.

“Tidak pun kita dengar (perjanjian kredit karbon) dibincangkan dalam Kabinet, dalam DUN, (membabitkan) sejumlah dua juta hektar, kepada syarikat berdaftar di Australia, syarikat berdaftar di Singapura.

“Perkara ini perlu diteliti secara mendalam, saya tidak tahu betulkah (atau) tidak, saya harap ia dibatalkan untuk masa depan anak-anak kita,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 Sabah dalam sidang DUN, di sini, hari ini.

Sementara itu dalam sidang media selepas itu, Shafie berkata, kerajaan perlu lebih telus dengan menjelaskan kepada rakyat berhubung perjanjian yang tular di media sosial itu.

Katanya, perkara itu membabitkan kepentingan rakyat dan kuasa negeri, iaitu enakmen yang berhubung kait dengan tanah.

“Pengurusan tanah di negeri ni perlu dijelaskan. Bagaimana pengurusan tanah kita mahukan ia diurus tadbir oleh pihak ketiga, kalau itu berlaku maka ia bercanggah.

“Saya bangkitkan ini kerana ia babitkan kepentingan awam. Kerajaan perlu jelaskan kesahihan dan kebenarannya kerana kita tidak mahu rakyat membuat pelbagai andaian terhadap surat itu dan ia juga sahih dan telah disahkan oleh peguam negeri.

“Kalau benar apa berlaku maka ia perlu diteliti. Bukan saya katakan kredit karbon ini satu perkara kita tolak tapi banyak skim dilakukan oleh negara seperti di AS (Amerika Syarikat), mereka gunakan kereta elektrik yang sumbang kepada pelepasan karbon yang ada. Di samping itu, Singapura gunakan enjin jet diiktiraf sebagai ‘airlines’ yang boleh diiktiraf sebagai bebas karbon, inisiatif ini yang perlu kita lihat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu surat perjanjian kredit karbon yang dipersetujui antara kerajaan negeri dengan sebuah firma Singapura.

Surat yang ditandangani Peguam Negeri Nor Asiah Mohd Yusof itu juga dikatakan telah disahkan sendiri oleh Nor Asiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close