MUNIRAH MAJILIS

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Seorang pemimpin WARISAN menolak dakwaan kononnya parti itu membawa keretakan dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggesa perubahan kepimpinan tertinggi pembangkang.

Ketua Wirawati WARISAN, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, kenyataan tersebut sebenarnya satu peringatan kepada pembangkang agar menjadi lebih kukuh dan memiliki kepimpinan yang berkredibeliti.

“Sebagai parti pembangkang yang berkait dengan PH, WARISAN berhak menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan pembangkang di negara ini.

“Politik adalah berkaitan persepsi jika pengundi memikirkan kepimpinan tertinggi pembangkang kurang kredibiliti, sudah tentu kami semua akan terkesan.

“Perkara lebih penting ketika kita berdepan Covid-19 dan ekonomi yang merudum. Cakap-cakap yang tidak pernah menjadi kenyataan iaitu mengambil alih kerajaan pada 16 September, mempunyai sokongan cukup, taktik sengaja membolehkan belanjawan lulus, banyak sidang akhbar termasuk menghadap Seri Paduka hanya menjatuhkan pagi reputasi pembangkang.

“Ini hanya menyebabkan pengundi kecewa,” katanya dalam satu kenyataan.

Munirah berkata, Mohd. Shafie hanya mengingatkan rakan PH bahawa sebagai pembangkang, kekuatan sebenar mereka ialah reputasi berdasarkan kredibiliti maka perlu bekerja keras mempertahankannya kerana kebanyakkan pemimpin PN tidak memilikinya.

Beliau turut berkata, Ketua Pembangkang tidak sepatutnya hanya fokus mengambil alih kerajaan atau menjadi Perdana Menteri tetapi perlu berusaha menyatukan dan membina Malaysia Baharu yang lebih baik.

Menurut Ahli Parlimen Kota Belud itu, ketua perlu bersedia mengorbankan masa, wang dan tenaga dengan berkunjung ke semua negeri untuk berjumpa setiap rakyat bagi memahami keperluan dan aspirasi rakyat.

“Dunia sekarang dinamik, sebagai pemimpin kita perlu sentiasa menyampaikan ilmu, konsep dan idea kepada akar umbi yang hanya dapat dicapai melalui pertemuan dengan pemimpin akar umbi lalu kepada komuniti keseluruhan,” katanya.

Tambahnya, fokus utama Ketua Pembangkang bukan menjadi Perdana Menteri tetapi mengembangkang konsep Unity atau Perpaduan dalam kalangan akar umbi dan mengakhiri politik perpecahan yang dapat dilihat sekarang diamalkan PN iaitu agama dan perkaumanz

“Malangnya, kita tidak melihat semangat itu pada Ketua Pembangkang sekarang yang dulu pernah memilikinya,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started