
Baru-baru ini tular satu posting bergambar yang kononnya individu berasal Sarawak yang kini dikaitkan dengan isu pasir di pulau balambangan telah mendapat kebenaran sewaktu era pemerintahan kerajaan Warisan (rujuk gambar). Posting tersebut juga memperlihatkan satu papan tanda perihal ‘Pengkuarian Pasir Silika Di Pulau Balambangan’ seperti yang tertera.
Ingin saya nyatakan di sini sepanjang pengetahuan saya daripada maklumat yang sahih kebenaran yang diberikan oleh pihak Yayasan Sabah pada masa itu kepada Syarikat Inno Aura Silica Sdn. Bhd. hanyalah semata-mata untuk membuat kajian kualiti silika di pulau itu bagi tempoh lebih kurang 6 bulan lebih sahaja.
Ternyata logiknya jika pengkuarian pasir, kerja-kerja yang berkait tidak mungkin hanya perlu mengambil masa 6 ke 7 bulan sahaja, ianya perlu mengambil masa lebih dari itu. Jelas papan tanda yang dipaparkan dalam posting tersebut sebenarnya hanya sebagai arahan untuk membuat kajian kualiti semata-mata.
“Terpampang jelas tempoh kebenaran tertera dalam papan tanda tersebut adalah dari 10.02.2020 hingga 30.09.2020 yang boleh mengesahkan ianya hanya pemberian kebenaran untuk kajian sahaja bukannya pemberian geran tanah selama 99 tahun seperti yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan GRS yang mana isu ini sedang tular kini”.
“Tidak timbul isu kononnya DSP Shafie selaku Ketua Menteri pada masa itu cuba bermain kotor sebab perkara ini adalah antara pihak Yayasan Sabah dan Inno Aura Silica Sdn. Bhd. untuk tujuan kajian kualiti pasir sahaja. Tambahan lagi gambar-gambar yang dilampirkan dalam posting tersebut yang mengaitkan Presiden Warisan dan tauke dari Sarawak itu boleh dianggap sebagai satu cara pihak GRS yang seolahnya mahu memesongkan fakta dan mengalih perhatian rakyat agar supaya Warisan lah yang perlu dipersalahkan, ini jelas taktik kotor mereka”.
Akhir sekali melalui sumber yang dipercayai Syarikat Inno Aura Silica Sdn. Bhd. tersebut bukan dimiliki oleh tauke dari Sarawak tersebut yang kini tular dikaitkan dengan isu salah guna kuasa DSP Hajiji. Ternyata ianya dimiliki oleh pihak lain yang HANYA mendapat kebenaran untuk membuat kajian kualiti pasir di pulau tersebut sahaja tidak lebih dari itu. Sekali lagi dinyatakan Syarikat Inno Aura Silica (dalam gambar posting) ternyata bukan dimiliki oleh individu dari Sarawak yang dikatakan ‘mesra’ dengan Ketua Menteri Sabah sekarang.
Diharap pihak yang tidak bertanggungjawab jangan mengambil kesempatan dan memalitkan perkara yang tidak benar terhadap Warisan. Fakta biarlah tepat jangan terlalu ‘spin’ dan memfitnah.
Norazmi Alimat
Naib Ketua Bahagian
Warisan Sepanggar.

Leave a comment