OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Ben Chong turun padang bagi melawat mangsa banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini.

Beliau berkata, prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir ini, beliau turun padang bagi mendengar sendiri masalah dan keperluan mangsa banjir.

Katanya, difahamkan hujan lebat sejak semalam mengakibatkan banyak kawasan kampung terjejas dan turut belaku tanah runtuh.

Menurutnya, beliau akan memastikan keperluan penduduk yang berada di PPS itu terjaga. Beliau juga percaya agensi-agensi berkaitan akan menyediakan barangan yang diperlukan.

Bagaimanapun, Ben menasihatkan mangsa banjir agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di PPS bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Setakat 2 petang tadi, 71 orang mangsa banjir dari 17 kampung di Kudat ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan SK Tun Mustapha.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) memaklumkan tiga lagi PPS dibuka di Kota Marudu iaitu PPS SK Taritipan, Dewan SMA Damai, Dewan Kampung Asin-Asin. Namun, belum ada mangsa ditempatkan di situ.

Sehingga kini, 29 kampung di tiga daerah, iaitu Kudat, Kota Marudu dan Pitas terjejas akibat banjir.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started