S. KARUNANITHY

OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (cawangan Sabah) telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengeluaran sijil-sijil bagi kontraktor seperti

Antaranya, sijil pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA), sijil Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan sijil taraf Bumiputera secara rasuah. 

Menurut sumber, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu yang mana pemohon sijil hanya perlu membayar sejumlah wang rasuah antara RM500 hingga RM1500 kepada pegawai kerajaan di agensi berkaitan bagi mempercepatkan pengeluaran sijil-sijil tersebut tanpa perlu melalui pemeriksaan serta proses yang sepatutnya.

Sehingga petang ini, seramai empat orang telah ditahan yang melibatkan seorang Penolong Pengarah di Agensi Kerajaan Persekutuan dan tiga orang awam yang bertindak sebagai orang tengah (runner).

Ketika dihubungi, S. Karunanithy Pengarah SPRM Sabah mengesahkan tangkapan telah dibuat dan percaya akan ada lagi beberapa tangkapan susulan. 

Beliau juga menasihati agar mana-mana pihak khususnya kontraktor yang mempunyai maklumat berhubung isu rasuah untuk mendapatkan sijil-sijil seperti mana yang dinyatakan itu tampil membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan siasatan kes ini.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started