
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digesa supaya mengagih bantuan Covid-19 serta merta.
Menurut Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong, GRS harus proaktif dan tidak menunggu ‘lampu hijau’ dari Kuala Lumpur.
“Sabahans semakin hari semakin sengsara. Sudah masuk PKP kedua, malah darurat telah diisytihar.”
“Tetapi bantuan masih tidak ada, pelan pemulihan ekonomi masih tidak nampak, tiada apa-apa yang dibuat oleh kerajaan untuk bantu rakyat Sabah.”
“GRS tidak patut tunggu ‘lampu hijau’ dari KL. GRS sepatutnya mengambil keputusan sendiri.”
Junz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru telah mula mengagih bantuan makanan pada hari Khamis.

“Pejabat DUN saya telah mula mengagih bantuan sejak hari Khamis.”
“Warisan kini pembangkang. Peruntukan kami dipotong habis-habisan. Tetapi kami akan terus membantu seramai mungkin.”
“GRS yang sudah berkuasa sepatutnya ambil iktibar dan mula mengagih bantuan, agar rakyat yang diperintah berkurung mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.”
“Pekerja sambilan, golongan miskin, penjaja dan sebagainya paling terjejas dengan PKP dan darurat.”
“Bagaimana mereka boleh duduk dengan aman, sedangkan mahu cari makan pun susah?”
Mengadu kelembapan GRS, Junz berkata GRS tidak berani memberi maklumat terperinci berkenaan bakul makanan yang dijanjikan.
“Bulan lalu di Dewan Undang Negeri Sabah, saya bertanya berapakah jumlah bakul makanan yang telah dihantar ke Tanjung Aru.”
“Tapi Menteri yang bertanggungjawab tidak berani jawab. Tiada jawapan lisan, tiada jawapan bertulis.”

“Kenapa perlu berahsia? Adakah GRS malu nak umum kerana jumlah penerima terlalu sikit?”
“Kenapa GRS tidak umum berapakah jumlah penerima, di mana mereka dan sebagainya?”
“Di antara bulan Mac hingga Ogos 2020, semasa menjadi kerajaan, Warisan berjaya menghantar 11,100 pek makanan ke sekitar Tanjung Aru.”
“Kami pergi pintu ke pintu tidak ada juga kami pilih kasih atau syaratkan e-kasih sahaja.”
“Kemudian pada bulan Oktober hingga Disember 2020, walaupun menjadi pembangkang, Warisan hantar lagi 4,000 pek makanan ke sekitar Tanjung Aru.”
“Bagaimana dengan GRS? Adakah GRS tidak berani jawab kerana jumlah penerima terlalu sikit?”
Junz berkata, GRS tidak harus bersikap pilih kasih.
“Bantuan harus disegerakan. GRS janganlah bersikap pilih kasih kerana yang terkesan bukan golongan e-kasih sahaja.”

Leave a comment