OLEH PEMBERITA SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Arahan terbaru yang dikeluarkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam memberi gambaran seolah-olah usaha murni badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta tidak dihargai.

Arahan mewajibkan semua bantuan diberikan menerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah adalah satu langkah yang baik namun, memberi amaran untuk mengenakan kompaun jika tidak mematuhi arahan adalah tidak wajar.

Ia menggambarkan kerajaan mula memberi amaran kepada pihak yang cuba membantu meringankan beban mereka dalam membantu golongan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu bahawa NGO, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian yang ingin menyampaikan sumbangan kepada golongan terjejas semasa PKP perlu melalui PKOB daerah (pejabat daerah).

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan daripada semua NGO, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian.

Namun, bagi tujuan penyelarasan, sumbangan haruslah disalurkan melalui PKOB di setiap daerah berkenaan. Kegagalan mematuhi arahan tersebut, akan dikenakan kompaun.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started