TAWAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Taman Semarak, Merotai diminta mencari alternatif membawa masuk lebih banyak bekalan makanan ke kawasan tersebut memandangkan sumber makanan yang ada semakin terhad sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata berkata, ketika ini, penduduk hanya dibenarkan membeli makanan di beberapa kedai runcit di kawasan Taman Semarak, namun bekalan yang ada di kedai-kedai tersebut amat terhad malah tidak mencukupi dengan jumlah lebih 4,000 keluarga di situ.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar PKOB mencari alternatif lain sama ada menghadkan jumlah penduduk yang boleh keluar membeli keperluan di pasar raya dan pasar basah terdekat atau membawa masuk kedai runcit bergerak dan pasar basah bergerak ke Taman Semarak secara berkala.

“Jadi saya rasa jalan yang terbaik ialah membenarkan penduduk Taman Semarak untuk keluar membeli barangan runcit di sekitar Taman Semarak iaitu di kawasan bawah yang ada pasar raya dan juga ada pasar basah.

“Jadi itu mungkin lebih memudahkan mereka atau pun kalau tidak ada pembekal-pembekal ikan yang bergerak setiap hari ke dalam dan juga makanan lain supaya penduduk tidak payah keluar dan hanya kedai-kedai bergerak atau pasar basah bergerak ini boleh memasuki kawasan di Taman Semarak dengan mematuhi SOP yang ditentukan oleh pihak PKOB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifuddin berkata, jumlah penduduk di Taman Semarak terlalu ramai dan dengan langkah pihak berkuasa memastikan hanya kedai-kedai tertentu yang dibuka, keperluan bekalan makanan menjadi semakin terdesak.

Katanya, jika PKPD disambung lagi selepas ini, penduduk akan menjadi semakin terdesak dan boleh menyebabkan kehidupan harian mereka terjejas disebabkan tidak cukup bekalan makanan.

“Mereka tidak dapat keluar untuk membeli dan hanya dibenarkan di kedai-kedai atau kedai runcit tertentu yang mana bekalan itu sangat terhad dan bekalan mentah seperti ikan dan ayam sangat sukar untuk didapati.

“Dalam masa 14 hari ini PKPD dan mungkin juga akan disambung semula tambah akan menyukarkan penduduk setempat dan sekiranya boleh kita mohon kepada PKOB untuk memastikan bahawa ada alternatif lain yang boleh dipermudahkan untuk penduduk Taman Semarak mendapatkan bekalan makanan bagi keluarga mereka yang mana kita tahu sangat sempit sekarang dan mereka sangat terdesak,” tegasnya.

Menurut beliau, PKOB ada melaksanakan beberapa inisiatif iaitu melantik beberapa individu atau kelab rukun tetangga (KRT) serta NGO mengambil tempahan makanan daripada penduduk, namun masih mengalami kesukaran kerana kepadatan penghuni di taman perumahan itu.

“Ada lebih kurang 4,000 rumah yang berada di dalam termasuk PPR jadi saya tidak jangka bahawa individu atau pun NGO yang ditugaskan untuk membeli atau menerima tempahan daripada penduduk melaksanakan tugas mereka sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memohon agar bantuan bakul makanan yang disediakan pihak kerajaan dipercepatkan dan dihantar ke setiap rumah penduduk tanpa pilih kasih untuk memastikan semua mendapat manfaat.

“Jadi diharap kerajaan negeri atau penyelaras bantuan bakul makanan di Tawau iaitu di Taman Semarak PKPD ini ditangani dengan baik dan dipercepatkan supaya rakyat di kawasan kita dapat bekalan yang mencukupi selama 14 hari PKPD.

“Kita pun tidak tahu sama ada PKPD akan dilanjutkan atau pun sebaliknya jadi keperluan maklanan sangat penting dan harus dihantar rumah ke rumah oleh wakil daripada wakil kerajaan negeri yang telah ditugaskan,” tambah beliau.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started