KOTA KINABALU: Pendakwah bebas yang juga seorang dermawan, Ebit Lew mengambil inisiatif menyumbangkan pelbagai kelengkapan perubatan terutama peralatan perlindungan diri (PPE) bagi membantu petugas barisan hadapan di Sabah membendung Covid-19.

Dalam hantaran di Facebook, Ebit berkata, beliau berasa risau dengan keadaan di Sabah selepas ramai menghantar mesej kepadanya meminta bantuan dihantar.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.

“Hantar barang medikal set PPE dengan spec (pelindung mata), face shield (pelindung muka), mask (pelitup muka), shoe cover (pelindung kasut), untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, beliau turut mendoakan keselamatan rakyat Sabah.

“Doakan ye insya Allah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya.

Ebit sebelum ini memang terkenal dengan sifat dermawannya dan terbaharu, beliau membeli air menggunakan dua lori tangki untuk dihantar ke beberapa penempatan di Selangor yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air bersih.

Sebelum ini, Ebit turut banyak membantu pelbagai pihak terutama golongan fakir miskin dan ibu tunggal termasuklah pelajar universiti yang terjejas akibat Covid-19.

Hantaran di Facebook beliau mengenai bantuan yang dihantar ke Sabah telah disukai lebih 100 ribu pengguna akaun lain, menerima 5,800 komen dan dikongsikan sebanyak lebih 7,000 kali.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started