Rombongan sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew mula mengagihkan bantuan keperluan untuk petugas barisan hadapan di Sabah.

Ketua rombongan itu Mohd Ikhsan Helzy berkata berkata hari ini mereka mengagihkan bantuan berkenaan di tiga hospital iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

“Hari ini kami menghantar sebanyak 4,000 peralatan keperluan itu ke pantai timur Sabah termasuk set kelengkapan perlindungan diri (PPE), pelindung muka dan pelindung kasut.


“Kami tiba di Lahad Datu pada 2.30 pagi tadi, dan selesai mengagihkan bantuan di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu. Kini kami meneruskan edaran bantuan ke Semporna dan Tawau,” katanya ketika dihubungi di Semporna.

Menurutnya, bantuan akan turut diagihkan di Kudat hari ini.

Mohd Ikhsan berkata mereka juga tidak mengalami sebarang masalah dalam mengagihkan bantuan susulan kerjasama yang baik daripada pihak berkuasa.

Semalam, pendakwah terkenal itu melalui perkongsian di Facebook rasminya meluahkan kerisauan dengan keadaan rakyat di Sabah ekoran kes COVID-19 yang tinggi selain menerima banyak mesej memohon bantuan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started