TENOM: Ketika kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih gagal membantu keseluruhan rakyat Sabah yang menderita akibat Covid-19, pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebaliknya aktif menyelami masalah rakyat.

Tanpa perlu menunggu bantuan daripada kerajaan negeri yang masih belum tiba, wakil rakyat Warisan tetap mencari alternatif sendiri menyampaikan sumbangan peribadi terutama keperluan pesakit Covid-19 di pusat kuarantin.

Antara pemimpin yang sentiasa tampil memberikan bantuan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony.

Hari ini, Peter menyerahkan dana sebanyak RM10,000 kepada pihak berkuasa di Dewan Kompleks Sukan Tenom untuk digunakan sebagai perbelanjaan di pusat kuarantin berkenaan.

Turut bersama beliau ketika menyerahkan sumbangan itu ialah Setiausaha Warisan Bahagian Tenom, Jack Jatil.

Meskipun ratusan juta dana telah diumumkan kerajaan negeri untuk membantu rakyat Sabah, namun sehingga hari ini masih ramai yang mengeluh kerana bantuan yang diharap-harapkan tidak sampai.

Bagi pemimpin Warisan pula, khidmat kepada rakyat perlu diteruskan, justeru pelbagai bantuan telah diserahkan demi memastikan kesusahan rakyat dapat dikurangkan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started