MADIUS TANGAU

OLEH SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Hasrat Perdana Menteri memberikan pas kerja untuk menghalalkan pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah tamparan kepada pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang selama ini menuduh kerajaan negeri pimpinan Warisan Plus sebagai penternak PATI.

Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, perancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bertentangan dengan sentimen yang diperjuangkan GRS dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, malah membuktikan Kerajaan Persekutuan langsung tidak mendengar pandangan daripada pemimpin Sabah.

“Dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini, sentimen terhadap isu pendatang tanpa izin di Sabah telah dimainkan sepenuhnya oleh para pemimpin dari PN, GRS dan BN dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan dan prasangka yang tidak baik terhadap kerajaan negeri pimpinan parti Warisan bahawa kerajaan pimpinan parti Warisan adalah bertanggungjawab terhadap masalah PATI di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Perdana Menteri memberikan pas kerja kepada PATI bagi memenuhi keperluan buruh di dalam sektor perladangan baru-baru ini.

Madius berkata, pimpinan GRS juga kini mengeluarkan kenyataan bercanggah dan memalukan dalam isu tersebut apabila Presiden STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyatakan langkah itu hanya untuk Semenanjung, namun disangkal oleh Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang menjelaskan perkara itu turut dilaksanakan di Sabah.

Jelasnya, kenyataan yang bercangah itu menunjukkan bagaimana Kerajaan Persekutuan masih tidak menghormati pandangan pemimpin Sabah dan tidak menghargai situasi yang kritikal terhadap permasalahan PATI di Sabah.

“Adalah amat memalukan bagi Jeffrey yang telah mengeluarkan kenyataan awal menyatakan bahawa cadangan untuk memberikan pas sementara atau permit kerja kepada PATI seperti yang diumumkam oleh Perdana Menteri tidak akan dilaksanakan di Sabah.

“Tetapi telah disangkal oleh Maximus dengan menjelaskan bahawa cadangan tersebut juga akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak jika ada permintaan daripada golongan sektor perladangan dan pembinaan dinegeri-negeri ini, yang mengejutkan lagi percangahan ini datang daripada dua presiden parti komponen kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Sehubungan itu, tegas Madius, Jeffrey dan Maximus kini perlu menjelaskan kepada setiap rakyat Sabah kenapa sekarang mereka membenarkan PATI untuk tinggal dan bekerja di negara ini sedangkan selama ini mereka sangat lantang menentang cadangan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Hakikatnya, menurut Madius, PSS bukan untuk PATI tetapi golongan pelarian perang yang sudah menetap di negara ini sejak sekian lama bukannya menghalalkan PATI dengan memberikan pas kerja.

“Disebabkan itulah kenapa cadangan terbaru daripada Perdana Menteri adalah jauh lebih berbahaya dan serius Kkerana memberi kebenaran dan menghalalkan PATI untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

“Undang-undang yang sedia ada di negara kita menyatakan dengan jelas bahawa pendatang tanpa izin mesti ditangkap, didakwa, disabitkan kesalahan dan kemudiannya dihantar pulang ke negara asal mereka setelah selesai menjalani hukuman penjara,” tegasnya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started