TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima perbelanjaan pembangunan RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion bagi tahun depan, demikian peruntukan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan itu antaranya adalah untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Bertema ‘Teguh Kita Menang Bersama’, Belanjawan 2021 itu dirangka berdasarkan tiga matlamat induk berkenaan iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi, mengambil kira perkembangan semasa pandemik COVID-19 dan kesannya kepada rakyat dan negara.

Disifatkan sebagai ‘belanjawan pengembangan’, Tengku Zafrul hari ini membentangkan belanjawan yang memperuntukan jumlah terbesar dalam sejarah bernilai RM322.5 bilion, iaitu RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Bagi memastikan matlamat ‘Kesejahteraan Rakyat’ dimanifestasikan secara holistik menerusi langkah meringankan beban hidup rakyat, beliau berkata kerajaan akan menaikan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif, bagi Sabah dan Sarawak daripada RM150 juta kepada RM200 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming, termasuk meluaskan pelaksanaannya ke 34 kawasan baharu, antaranya di Pulau Sakar di Sabah dan Ulu Mujok di Sarawak.

“Melalui inisiatif ini barangan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel dapat dinikmati lebih 1.1 juta rakyat pada harga dikawal,” katanya.

Menerusi langkah bantuan kepada petani, peladang dan nelayan, beliau berkata lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi di Nabawan, Sabah dan Kanowit Sarawak, akan menikmati bantuan sejumlah RM570 juta subsidi harga padi, RM960 juta (subsidi dan insentif tanaman padi) termasuk RM40 juta subsidi baja padi bukit.

Bagi memperkasakan program pembangunan komuniti di kedua-dua negeri di kepulauan Borneo, Tengku Zafrul berkata sebanyak RM41 juta diperuntukan bagi program ‘Native Customary Rights’ di Sabah dan Sarawak. 

Menyatakan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, beliau berkata sejumlah RM 2.7 bilion disalurkan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek penambahbaikkan infrastruktur luar bandar meliputi projek jalan, bekalan air, elektrik, program bantuan rumah, pemasangan dan penyelenggaraan lampu.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started