BASAL BULLAH

SABAHTODAY
KENINGAU: Pemangku Ketua Bahagian Warisan Keningau, Basal Bullah menyelar kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Maximus Ongkili yang bersetuju dengan langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah melalui pemberian pas sementara jika ada permintaan daripada sektor perladangan dan pembinaan.

Basal berkata, cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sepatutnya diteliti terlebih dahulu kerana cuba menghalalkan PATI berbanding cadangan PSS sebelum ini yang bertujuan untuk menguruskan golongan pelarian sahaja.

“PSS ialah satu mekanisma untuk mengkatalogkan pelarian di Sabah samada mereka memegang IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci ataupun tanpa dokumen langsung di bawah satu dokumen pengenalan diri.

“Tetapi adakah Maximus sedar bahawa dengan pengenalan pas kerja sementara yang dicadangkan oleh Muhyiddin ini, PATI di Sabah kini mempunyai dokumen selain IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci untuk pelarian?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Maximus bahawa PBS mempunyai tanggungjawab untuk mengutamakan aspirasi rakyat Sabah terutama etnik KDM yang terpaksa bersaing dengan PATI dalam kehidupan harian mereka dan bukannya keperluan majikan-majikan dari sektor pertanian dan pembinaan semata-mata.

Basal juga menyelar Timbalan Ketua Menteri, Dr. Jeffrey Kitingan yang dikatakannya hanya berdiam diri sahaja dengan cadangan yang dibuat oleh Muhyiddin dan disokong Maximus itu.

“Jeffrey telah mengkritik PSS tahun lalu malah telah menghasut rakyat Sabah untuk menolak PSS melalui Black Sunday.

“Sekarang, cadangan Muhyiddin untuk memutihkan warga PATI ini bukan hanya akan dilaksanakan di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan sekiranya Jeffrey seorang pemimpin yang berprinsip, dia sepatutnya berani menolak cadangan Muhyiddin tersebut kerana ianya bertentangan dengan perjuangan Jeffrey selama ini.

“Tetapi hanya kerana jawatan dan pangkat, Jeffrey mengambil keputusan untuk berdiam diri malah cuba untuk mempertahankan cadangan itu pula – adakah Jeffrey masih berfikiran bahawa rakyat Sabah begitu bodoh sekali?,” tegasnya.

Beliau berkata, Jeffrey telah beberapa kali menuduh Warisan sebagai parti yang pro-PATI dan pelbagai lagi fitnah yang tidak masuk akal tetapi sekarang hanya berdiam diri apabila melihat Presiden PPBM mahu melakukan pemutihan.

“Sekali lagi saya ingatkan Maximus dan Jeffrey, kebajikan dan masa depan rakyat Sabah terutamanya etnik KDM adalah jauh lebih penting daripada nasib majikan-majikan sektor perladangan dan pembinaan yang memerlukan pemutihan PATI ini,” tambahnya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started