
CHAN FOONG HIN
KOMEN: Belanjawan 2021 sehahursnya dilihat sebagai belanjawan perpaduan yang merentasi parti kerajaan dan pembangkang.
- Malah SPB Yang Dipertuan Agong telah menzahirkan harapan kematangan berpolitik disemarakkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak COVID-19.
- Namun JASA, agensi propaganda parti pemerintah yang sering menyerang parti pembangkang bukan sahaja dihidupkan semula malah peruntukan dilipatgandakan.
- Pada zaman pemerintahan BN, RM30 juta diperuntukkan pada tahun 2018.
- Pada zaman pemerintahan PH, ia dimansuhkan demi mewujudkan suasana politik matang.
- Namun, JASA versi PN diberi peruntukan sebanyak RM85.5 juta pada tahun 2021.
- Bagaimana kita boleh menyokong Belanjawan yang menyerang pembangkang secara habis-habisan?
- Bukankah ia membelakangi semangat bipartisanship, hasrat rakyat dan Agong yang menyeru mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi demi kelangsungan negara di saat-saat genting wabak Covid-19?
- Chan Foong Hin adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Leave a comment