SARIFUDDIN HATA

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan 2 Sabah, Kenny Chua diminta lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan pelaksanaan cukai jualan lima peratus, bukannya cuba menafikan kebenaran hanya kerana perbezaan fahaman politik.

ADUN Merotai, Sarifuddin Hata yang merupakan rakan sejawat Kenny di kementerian itu berkata, Kenny hadir dalam banyak mesyuarat pasca Kabinet dan tahu bahawa Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak melaksanakan cukai berkenaan lebih awal kerana Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih berunding dengan Sabah serta Sarawak.

Katanya, kerajaan Sabah pimpinan Warisan serius menuntut hak-hak Sabah apabila meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan Lima Peratus pada Disember 2018 lagi, namun disebabkan rundingan masih berjalan maka cukai itu tidak dilaksanakan agar tidak mengganggu perbincangan.

“Mohd. Shafie berpendapat bukan tidak mahu mengenakan cukai jualan pada awal 2019 setelah kita meluluskan RUU tersebut tetapi oleh kerana apa yang kita fikirkan bahawa jika Jawatankuasa MA63 bersetuju memberikan kita sekali gus 20 peratus royalti, jadi tidak perlulah kita laksana lima peratus cukai tersebut

“Jadi setelah perbincangan demi perbincangan tiba-tiba kerajaan pun sudah runtuh jadi Perikatan Nasional ambil alih Kerajaan Persekutuan dan pada masa itu kita berpendapat bahawa macam tidak ada sudah jalan keluar hasil daripada jawatankuasa tersebut, maka dengan itulah kita serta merta mengenakan cukai jualan itu pada 1 April 2020,” katanya.

Katanya, Jawatankuasa MA63 sepatutnya bermesyuarat sekali lagi pada Mac tahun ini dan dijangka membuat kata putus, namun tidak menjadi kenyataan disebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

Tegas beliau, selepas Kerajaan PN memerintah, Kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak lagi dijemput menyertai apa-apa rundingan berkaitan hak-hak Sabah, justeru Mohd. Shafie mengambil keputusan agar cukai jualan lima peratus itu dilaksanakan segera bermula April tahun ini.

Mengulas lanjut katanya, tidak timbul isu Mohd. Shafie takut kepada Dr. Mahathir dalam soal tuntutan hak-hak Sabah tetapi beliau menunjukkan amalan diplomasi yang tinggi kerana proses rundingan masih berjalan di bawah PH, malah Presiden Warisan itu sendiri yang telah membentangkan RUU berkaitan cukai itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Disember 2018.

Sehubungan itu katanya, Kenny perlu lebih matang bukannya menidakkan kebenaran hanya kerana fahaman politik mereka kini berbeza dan beliau cuba memastikan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang mendapat nama daripada usaha Warissan.

“Kalau Kenny mengatakan bahawa Shafie tidak serius menuntut tidak mungkin 17 perkara telah kita persetujui dalam Jawatankuasa MA63 dan kalau Shafie tidak serius tidak mungkin selepas ambil alih kerajaan beliau telah membawa usul di DUN untuk mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas Petroleum.

“Mungkin juga Kenny tidak tahu sebab banyak mesyuarat yang dia tidak hadir tetapi boleh rujuk dengan Kementerian Kewangan yang ada sekarang,” tegasnya.

BERITA BERKAITAN: –

ADUN TULID (STAR) PERLU RUJUK TARIKH RUU CUKAI JUALAN DILULUSKAN

JUNZ WONG ‘SEKOLAHKAN’ ADUN STAR TULID TENTANG CUKAI PETROLEUM

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started