DR MAHATHIR MOHAMAD

SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Kejayaan Perikatan Nasional merampas pentadbiran Sabah daripada Parti Warisan Sabah tidak akan mampu membayar nilai nyawa manusia yang terkorban berikutan penularan Covid-19 akibat pilihan raya.

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan PN telah berjaya mencapai misi mereka memerintah Sabah, namun kosnya amat tinggi melibatkan nyawa manusia.

“Negara diserang oleh wabak Covid-19 yang mengancam pemerintahan. Tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, menjejas tumpuan kepada menangani masalah wabak. Hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa. Kita lihat pembaziran ini di Sabah.

“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan gelombang kedua dan ketiga dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.

“Masih ada yang ingin mengadakan PRU supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah.

“Ya. Rebutan di Sabah berjaya. Tetapi kosnya amat tinggi. Banyak nyawa terkorban kerana ketamakan kuasa. Daripada rekod yang kita telah lihat hari ini, saya tidak percaya PN akan dapat menangani wabak Covid-19 ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasannya, Dr. Mahathir turut mempersoalkan dari mana kerajaan akan mendapat sumber wang bagi menampung nilai yang amat besar.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengurangkan jumlah Kabinet kerana ramai menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang tidak melakukan apa-apa kerja disebabkan pandemik Covid-19.

Beliau turut menyeru kerajaan mempertimbangkan pemotongan gaji menteri sebanyak 30 peratus kerana percaya jumlah itu tidak akan menjejaskan menteri berbanding rakyat yang kini kelaparana.

“Dalam zaman Covid-19 ini, saya tidak fikir menteri akan kebuluran kerana dikurangkan gaji 30 peratus, sebaliknya terdapat ramai yang tidak ada pendapatana sama sekali kerana tidak lagi bekerja atau berniaga.

“Bagi mereka keluarga akan turut menderita. Mungkin tidak 30 peratus, mungkin hanya 10 peratus,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started