KUALA LUMPUR:Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

“Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” katanya dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) apakah dia kesal kerana mencadangkan pembubaran Dun bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Tegas Shafie dia tidak akan tunduk kepada pihak yang mengamalkan konsep “cash is king” dan mempunyai keupayaan untuk membeli wakil rakyat.

Katanya, PRN Sabah tidak akan berlaku jika kerajaan pimpinannya tidak diganggu oleh pihak tertentu.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started