PETALING JAYA: Krisis politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah berakhir seperti yang digambarkan kepada umum.

Malah, Pengerusi Majlis Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah seperti dilaporkan portal TheThirdForce yang memetik laporan The Malaysian Insight berkata, UMNO akan bertanding di Pagoh dalam pilihan raya umum akan datang.

Pagoh merupakan kerusi milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.

“Kita tak pernah kalah, baik di Langkawi atau Pagoh,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata UMNO dan Bersatu tidak boleh mengelak pertembungan di kerusi-kerusi majoriti Melayu sekiranya mereka terus bekerjasama.

Sekarang, katanya, banyak dalam UMNO menilai semula semula hubungan dengan Bersatu kerana meragui manfaat kerjasama mereka.

“Apa untung kita dengan PPBM? Apa untung kita berpakat dengan PAS? Matlamat mereka seakan sama, akhirnya kita bergaduh pula,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, berkata gabungan itu mahu mempertahankan semua kerusi tradisinya pada PRU akan datang.

Tengku Razaleigh berkata, jawatan penting dalam Kabinet harus diberikan kepada UMNO kerana pengaruhnya.

Beliau juga menyoal pemimpin partinya apabila Umno tidak mendapat lebih banyak jawatan selepas ia menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri bagi menyelesaikan krisis politik pada Februari.

“Tapi mereka pun tak boleh jawab,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started