KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) menzahirkan rasa kehilangan atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah.

Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong melalui akaun Facebook menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Manis Muka, yang juga pemimpin yang turut menjadi penggerak awal parti Warisan.

Mohd Shafie menerusi akaun Facebooknya menyatakan beliau dan isteri serta seluruh ahli Warisan, khususnya penggerak awal parti menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allayarhamah Manis Muka.

“Salam takziah kepada suami, anak-anak dan keluarga atas pemergian insan tersayang, Allahyarhamah Manis Muka. Didoakan semoga roh Allahyarhamah dipelihara dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Junz turut melahirkan rasa kehilangan atas pemergian ADUN Bugaya itu yang disifatkan sebagai seorang pemimpin veteran yang sangat ikhlas dan rajin dalam perjuangan untuk Sabah.

“Dedikasi Allahyarhamah terhadap penduduk Bugaya terbukti dalam dua pilihan raya yang lalu, dimana Allahyarhamah menang dengan majoriti lebih 8,000 dan 6,000 undian.

“Semoga roh Manis Muka tenang di sana. Takziah kepada keluarga Allahyarhamah,” ujarnya.

ADUN Bugaya yang berusia 65 tahun itu meninggal dunia akibat masalah buah pinggang di Hospital Gleneagles, tengah hari tadi.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started