
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini turut dihangatkan oleh pertanyaan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) tentang pelaksanaan rekomendasi Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Mengenai Pendatang Asing di Sabah yang belum dibuat selepas dibentangkan enam tahun lalu.
“Rakyat Sabah tertanya-tanya apakah yang sangat ditakuti oleh Kerajaan sehingga gagal melaksanakan rekomendasi tersebut walaupun sudah 6 tahun dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini iaitu pada Disember tahun 2014.
“Tuaran sangat prihatin kerana peranan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) dalam penularan Covid-19 di Sabah. Malah gelombang kedua Covid-19 di Sabah bermula dengan kluster Benteng di Lahad Datu pada 1 September 2020 yang dimulakan dengan dua PTI daripada Filipina yang di tangkap di Sekitar Tambisan,” katanya.
Menurut Madius, keadaan sempadan Sabah yang begitu senang di bolosi oleh PTI sangat membimbangkan kerana Covid-19 di kedua2 negara jiran kita masih menular.
“Dan Sabah berhadapan dengan menjadi hos kepada Pelarian Filipina yang sudah berada di Sabah selama empat dekad.
“Penyelesaian tuntas terhadap perkara ini perlu disegerakan dan bukannya dijadikan polimek politik hanya semata-mata mencari undi dalam pilihan raya,” katanya.
Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian ketika berucap dalam perbahasan Belanjawan 2021.
Tamat

Leave a comment