KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menjunjung kasih terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memberi perkenan agar darurat dilaksanakan di kawasan Parlimen Batu Sapi.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, baginda telah menggunakan kebijaksanaan dalam pengisytiharan darurat itu yang sekali gus menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang dijadualkan pada 5 Disember.

Beliau berharap kerajaan akan menetapkan bila tarikh darurat berkenaan berakhir untuk memastikan hak rakyat Batu Sapi untuk memilih pemimpin dapat ditunaikan selepas Covid-19 dapat dikawal.

“Dalam melaksanakan proses demokrasi, kesihatan rakyat tidak boleh dijadikan pertaruhan sebaliknya perlu menjadi keutamaan dalam situasi negara ketika ini yang masih berjuang menentang penularan Covid-19.

“Warisan pada masa sama berharap kerajaan dapat mencari jalan terbaik untuk memastikan satu tarikh tertentu dapat ditetapkan untuk memberitahu rakyat terutama di kawasan Batu Sapi bila tempoh darurat akan berakhir,” katanya.

Mohd. Shafie berkata, rakyat Batu Sapi berhak mempunyai pemimpin yang mewakili mereka dan membawa isu-isu rakyat di Parlimen.

Beliau turut mengingatkan kerajaan agar memastikan kebajikan rakyat Batu Sapi dapat dijaga sepanjang tempoh darurat.

“Warisan berharap, hak rakyat Batu Sapi untuk memilih wakil rakyat ditunaikan sebaik sahaja jangkitan Covid-19 dapat dikawal dan selepas kerajaan menarik balik pelaksanaan darurat.

“Selain itu, Warisan turut berharap agar dalam tempoh darurat ini, kerajaan memberi jaminan agar kebajikan setiap rakyat di Batu Sapi terutama bantuan makanan dan keperluan harian sentiasa diutamakan tanpa ada pilih kasih,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started