KUALA LUMPUR: Perkongsian sumber hasil negeri dengan lebih 1 juta warganegara palsu yang mendapat Kad Pengenalan secara rasuah, pengkhianatan dan salah guna kuasa merupakan salah satu faktor Sabah antara negeri termiskin di Malaysia.

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) mendakwa perbuatan terkutuk itu menyebabkan orang tulen Sabah bertambah miskin kerana terpaksa berkongsi kekayaan dengan mereka.

“Hari ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Sabah hanyalah RM25,000 berbanding RM45,000 untuk Malaysia, dan RM53,000 untuk Sarawak.

“Jika 1 Juta warganegara palsu tidak dimasukkan dalam jumlah penduduk Sabah maka sepatutnya KDNK per kapita Sabah melebihi RM30,000,” katanya.

Berucap dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Sidang Dewan Rakyat di sini, Madius berkata, dianggarkan lebih 700,000 keping kad pengenalan diberikan kepada berdasarkan pengakuan penglibatan Hassnar Ebrahim dan Jabbar Khan Nafi memberi kad-kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin pada tahun 80-an dan 90-an.

“Fakta ini dengan senang dilihat apabila kita buat perbandingan dalam perangkaan banci penduduk Sabah tahun 1980, tahun 1990, tahun 2000, dan tahun 2010 dengan negeri-negeri lain seperti Sarawak.

“Oleh itu Tuaran meminta supaya Kad-kad Pengenalan yang telah diberikan secara rasuah kepada warganegara palsu hendaklah dibanteras secara tuntas dengan cara menukar Kad-kad Pengenalan yang ada sekarang diseluruh negara diganti dengan baru yang di digitalkan.

“Ini termasuklah mengambil data-data peribadi yang lebih terperinci seperti Palm Print supaya penyangak-penyangak serta pengkhianat termasuk pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah bermaharajalela melakukan rasuah selama ini dibanteras secara tuntas,” tegasnya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started