JAUJAN SAMBAKONG

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan tuduhan tidak berasas blogger mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Selvaraja yang mendakwa Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Soh menerima gaji RM60,000 sebulan.

Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, kontrak yang ditandatangani Brenndon ketika pelantikannya adalah sama dengan penjawat sebelumnya yang dilantik kerajaan daripada sektor swasta.

Katanya, gred gaji Brenndon adalah mengikut skala Pegawai Turus II dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah.

Tegas beliau, pelantikan Brenndon juga menepati kriteria dengan pengalamannya sebagai pakar perundangan swasta yang disegani oleh pengamal undang-undang lain.

BRENNDON SOH

“Brenndon adalah peguam yang disegani dan mengorbankan kemewahan yang dimiliki di sektor swasta untuk berkhidmat dalam kerajaan dengan gaji yang lebih rendah.

“Adalah tidak adil untuk sesiapa sahaja memburuk-burukkan beliau dengan dakwaan tidak berasas kononnya menerima gaji yang tinggi hanya untuk menjatuhkannya daripada jawatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jaujan berkata, sebagai peguam yang disanjung tinggi, beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Undang-undang Sabah selama dua penggal dan ketika itulah SLS diiktiraf sebagai badan berkanun.

Dalam tuduhan yang dibuat, Selvaraja yang merupakan bekas calon PBS dalam pilihan raya Pulau Pinang pada 1999 turut mendakwa Datuk Cyrus Das dibayar RM3 juta untuk khidmat perundangan diberikan.

Menurut Jaujan, itu adalah satu lagi dakwaan liar dibuat blogger berkenaan memandangkan Cyrus dibayar berdasarkan prosiding yang dihadirinya di Mahkamah Persekutuan.

“Tuduhan bayaran RM3 juta terlalu banyak berbanding bayaran yang diterimanya.

“Apa yang boleh saya katakan ialah RM3 juta itu cuma imaginasi blogger berkenaan,” katanya.

Cyrus sebelum ini mewakili Kerajaan Sabah dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal di Mahkamah Rayuan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started