
SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Ketokohan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam usaha membina Malaysia yang lebih baik tidak boleh dipertikaikan lagi.
Buah fikiran yang bernas sering dilontarkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam soal pembangunan negara turut dimanfaatkan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.
Semalam, Mohd. Shafie menerima kunjungan Duta AS, Kamala Shirin di kediaman beliau untuk bertukar-tukar pandangan.

Mesyuarat tidak rasmi pada pukul 3.30 petang itu bertujuan mendapatkan pandangan Mohd. Shafie tentang tentang isu-isu semasa serta soal pembangunan negara.
Mohd. Shafie turut mengambil kesempatan tersebut merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden AS yang baharu, Joseph Biden melalui Kamala.

Leave a comment