MANIS MUKA

SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dijangka ditangguhkan melalui pengisytiharan darurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, perkara sama turut dibuat bagi PRK Gerik, Perak.

Katanya, ia akan dibuat berdasarkan penilaian risiko ke atas situasi Covid-19 di dua kawasan itu oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Masalah yang dikenal pasti di Batu Sapi adalah kurangnya pematuhan SOP ditetapkan MKN, selain kekurangan kakitangan pilihan raya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, setakat ini jumlah petugas yang diperlukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mencukupi.

“Mengenai pelantikan pegawai pilihan raya, sehingga 6 Nov, daripada 837 petugas, hanya 143 orang saja yang sanggup bertugas,” katanya.

Pada 17 November lalu, ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Sehari sebelum itu, Ahli Parlimen Gerik, Hasbullah Osman meninggal dunia akibat sakit jantung.

Sebelum ini, Seri Paduka telah bertitah memperkenan pelaksanaan darurat di Batu Sapi untuk memastikan PRK Batu Sapi pada 5 Disember ditangguhkan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started