CHAN FOONG HIN

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Satu usul untuk membawa Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin hari ini.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 80A itu dibuat berikutan tindakan Jeffrey yang hadir dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini yang dipercayai melanggar arahan kuarantin kendiri selama 14 hari.

“Yang berhormat Ahli Parlimen Keningau telah menghadiri Dewan Rakyat pada hari Selasa, 24 November 2020 walaupun beliau telah dilaporkan menghadiri Dewan Undangan Negeri Sabah hari Khamis, 12 November 2020, atau 12 hari yang lalu.

“Bahawa tindakan ini merupakan tindakan pengingkaran arahan Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 9 Oktober 2020 yang mewajibkan semua ahli yang berhormat Sabah yang menghadiri Dewan Rakyat dari Sabah untuk menjalani tempoh kuarantin 14 hari,” kata Foong Hin di dalam usul berkenaan.

Foong Hin berkata, perbuatan Jeffrey itu perlu dipandang serius kerana memberi risiko jangkitan Covid-19 kepada Ahli Parlimen lain yang hadir.

Katanya, Jeffrey perlu dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana perbuatannya menghina majlis mesyuarat.

Sesi penggulungan Belanjawan 2021 oleh Kementerian Pendidikan hari ini terganggu apabila Jeffrey hadir.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman bagaimanapun tidak meminta Jeffrey memberikan penjelasan selepas dibangkitkan wakil rakyat pembangkang.

Beliau sebaliknya berkata Jeffrey telah menerima kebenaran daripada Setiausaha Dewan Rakyat dan sebarang bantahan daripada wakil rakyat pembangkang boleh dipanjangkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

BERITA BERKAITAN: –

LANGGAR SOP KUARANTIN, JEFFREY @ GAPARI HADIR KE DEWAN RAKYAT

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started