TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZ

SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Spekulasi tentang masa depan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terjawab di Dewan Rakyat hari ini apabila Belanjawan 2021 lulus tanpa undi belah bahagi.

Penggulungan Belanjawan 2021 di peringkat Kementerian Kewangan oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menyaksikan pelbagai desakan dan permintaan daripada Ahli Parlimen yang berbahas terutama berkaitan isu miratorium dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditunaikan kerajaan.

Antaranya pengeluaran wang KWSP secara one-off sebanyak RM10,000 boleh dituntut oleh lapan juta ahlinya yang terjejas akibat Covid-19.

Selepas menggulung, undian suara yang dibuat menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Seorang wakil rakyat menuntut agar undi belah bahagian dilakukan, namun peraturan Mesyuarat memerlukan 15 wakil berdiri sebagai sokongan.

Bagaimanapun jumlah Ahli Parlimen yang berdiri tidak sampai 15 orang, justeru Belanjawan 2021 diluluskan.

Perbahasan Belanjawan 2021 akan bersambung Isnin depan di peringkat jawatankuasa.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started