SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak bangun untuk menyokong undi belah bahagi sebelum Belanjawan 2021 diluluskan seolah-olah menggambarkan mereka menyokong kerajaan pintu belakang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli Parlimen berkenaan tanpa rasa bersalah menyokong kerajaan yang disifatkan oleh beliau sebagai korup.

Katanya, Ahli Parlimen berkenaan tanpa rasa bersalah telah mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat.

“Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak.

DR MAHATHIR

“Perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk Kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.

“Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka,” katanya di laman blog beliau, Chedet.

Selepas sahaja Kementerian Kewangan menggulung perbahasan semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba mengusulkan pengundian belah bahagi, namun tidak berjaya selepas hanya 13 ahli Parlimen menyatakan sokongan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan beliau dan semua ahli Parti Pejuang kekal dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah.

Sehubungan itu, beliau bersama tiga lagi ahli Pejuang kekal menolak Belanjawan 2021.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; serta Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started