SHAFIE APDAL

Oleh PENULIS KHAS
KUALA LUMPUR: Walau kini berada dalam blok pembangkang, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal masih kekal menyuarakan hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Semporna ini dilihat tampil menyuarakan pandangan di Dewan Rakyat semalam apabila isu-isu mengenai MA63 dibangkitkan.

Biarpun peranannya kini bukan lagi selaku kerajaan, Mohd Shafie masih lantang bersuara menuntut hak-hak Sabah.

Dalam persoalan yang dibangkitkan, beliau mahu 20 Perkara yang termaktub dalam MA63 diterjemah menjadi kenyataan.

“Ini merupakan kerangka pembentukan Malaysia. Maka, perkara itu perlu diterjemah menjadi kenyataan kerana itu adalah perjanjian dan perjanjian ini telah ditandatangani Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di United Kingdom, iaitu kuasa yang menjajah Malaysia ketika itu.

“Tapi malangnya daripada 20 Perkara itu sudah terjejas sebahagian besarnya. Atas sebab itu, kita suarakan ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil tampuk pemerintahan,” katanya semasa sidang Dewan Rakyat di sini minggu lepas.

Menurutnya, dahulu biarpun Sarawak pembangkang, namun, kerajaan PH tetap mengiktiraf hak-hak tersebut kerana ia bukan berkaitan perbezaan fahaman politik. Ia adalah sebahagian daripada kerangka pembentukan Malaysia.

Katanya, 17 daripada 20 Perkara telah dipersetujui untuk dilaksana semasa kerajaan PH. Tapi, ianya dibantah oleh wakil rakyat dari UMNO dan PAS. Walau mereka bukan entiti yang menandatangani MA63.

Mohd Shafie berharap, persetujuan menyerahkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dapat dilaksana.

Tambahnya, lebih tidak adil bila peruntukan Sabah yang begitu besar hanya RM5 bilion. Ia tidak diseimbangkan dengan negeri-negeri lain yang tidak perlu peruntukan besar seperti keperluan membina Projek Mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang memerlukan perbelanjaan lebih RM40 bilion.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started