SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa peruntukan hanya RM100 kepada Sabah untuk membaiki dan membina jalan-jalan utama di negeri memang betul seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, dalam jawapan bertulis yang diberikan kementerian kepadanya memaklumkan RM100 diberikan bertujuan memastikan butiran kod untuk projek yang sedang berjalan terus wukud seperti Jalan Donggongon ke Simpang Papar Sur.

“Jawapan bertulis itu menandakan Perikatan Nasional (PN) tiada pelan serius untuk membina atau membaiki jalan-jalan di Sabah, secara asasnya kerajaan berkata, memandangkan sudah ada peruntukan RM412 juta pada 2020 maka tiada masalah mengabaikan seluruh Sabah dan tidak memperuntukkan apa-apa.

CHAN FOONG HIN

“Pembinaan jalan raya di Sabah bukan setakat Lebuh Raya Pan Borneo, banyak lagi kampung di pedalaman belum dihubungkan dengan jalan-jalan utama, kerajaan PN nampaknya lupa dengan slogan ‘ada aspal, ada undi’ yang dimainkan pengundi pedalaman Sabah,” katanya.

Peruntukan yang disediakan dalam belanjawan sebelum ini membabitkan Jalan Donggongon – Simpang Papar Spur, Persimpangan Lido, Jalan Lintas, Libaran Bypass dan RM1 bilion untuk Lebuh Raya Pan Borneo.

Foong Hin berkata, rakyat Sabah dikhianati apabila tiada peruntukan disediakan untuk membina jalan-jalan lain terutama di Keningau dan Pensiangan yang memberikan mandat kepada PN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Jalan raya amat penting untuk pembangunan ekonomi kerana membawa faedah sosial. Jalan yang baik mampu mengatasi kemiskinan dengan memberikan akses kepada pekerjaan, kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.

“Pada 3 Disember, Ahli Parlimen Tuaran membawa usul untuk meminda belanjaran bagi Kementerian Kerja Raya dan mencadangkan pemotongan RM1 bilion kepada Semenanjung di bawah perkara ‘lain-lain pembinaan’ berjumlah RM1.029 bilion.

“Saya ingin menyatakan sokongan penuh kepada dua usul berkenaan dan menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat menerimanya dan melakukan undi belah bahagian semasa giliran Kementerian Kerja Raya membahas di peringkat jawatankuasa,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started