
SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Apa kerja-kerja membaik pulih jalan raya di Sabah yang boleh dilakukan dengan peruntukan hanya RM100?
Itu persoalan dilontarkan Parti Warisan Sabah (Warisan) kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperuntukkan sebanyak RM100 dalam Belanjawan 2021 kepada negeri ini untuk membaik pulih jalan raya.
Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, jumlah RM100 itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sabah.
“Kita ingin bertanya tentang selain komitmen kerajaan Persekutuan PN malah tujuan kerajaan PN memberikan peruntukan sebanyak RM100 untuk kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan besar di Sabah dan memulih jalan-jalan Sabah dgn peruntukan hanya RM100, jalan apa yg boleh di baikpulih dengan kos hanya RM100?
“Satu penghinaan kepada Sabah. Sabah hanya diperlukan bila mereka inginkan kuasa tetapi bila kuasa mereka pegang, sekali lagi Sabah dianaktirikan,” katanya.
Mohd. Azis mempersoalkan sama ada peruntukan RM100 itu adalah ‘hadiah’ yang dijanjikan kepada Sabah sekiranya rakyat memilih kerajaan yang sealiran dengan PN.
“Inikah maksud dan hadiah bila mereka cakap Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan perlu sealiran bagi membolehkan mereka terus membuli Negeri Sabah seperti ini?,” soalnya.
Tegas beliau, Warisan akan terus menyuarakan kepentingan Sabah walaupun bukan lagi kerajaan negeri kerana yakin hanya pemimpin Sabah yang tahu akan masalah di Sabah.
“Walaupun kerajaan negeri bukan lagi kerajaan Warisan, namun kami menyokong agar peruntukan pembinaan jalan-jalan khususnya Lebuh Raya Pan Borneo biarlah kerajaan negeri yang tentukan.
“Biar Kementerian Infrastruktur Sabah yang mengendalikannya,” tegasnya.
BERITA BERKAITAN: –
RAKYAT SABAH DIKHIANATI DENGAN PERUNTUKAN BINA JALAN HANYA RM100

Leave a comment