SABAHTODAY
KUALA LUMPUR: Empat perkara yang merupakan hak Sabah seperti termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih belum diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, empat perkara itu ialah royalti minyak dan bayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) dan hak negeri ke atas pelantar benua (Akta 83).

AZIS JAMMAN

“Oleh yang demikian, perbincangan berhubung perkara-perkara ini akan diteruskan dalam Majlis Khas Mengenai MA63 yang telah diluluskan penubuhannya pada 9 September lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada persoalan yang ditimbulkan Datuk Mohd. Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) di Dewan Rakyat.

Maximus berkata, Kerajaan Persekutuan sedang berunding dengan kerajaan Sarawak berkaitan tuntutan negeri dalam industri petroleum dan gas.

“Perdana Menteri telah melantik Menteri Kewangan dan Menteri Kanan Kerja Raya untuk membincangkan perkara berkenaan royalti minyak bersama Petronas dan Kerajaan Sarawak dalam satu jawatankuasa bersama diurus selia oleh Kementerian Kewangan.

“Memandangkan proses rundingan masih berjalan, maklumat berkaitan terma-terma yang sedang dirundingkan atau dibincangkan hanya akan diketahui kelak,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started