SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Walau berdepan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) namun, ia memberi ruang kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) menampilkan lebih ramai pemimpin wanita muda.

Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis berkata, keteguhan prinsip Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan cukup terserlah apabila tiada pemimpin asal yang berubah pendirian bagi menyokong blok lawan.

“Biarpun ditawarkan (wang) berkat-kati, mereka kekal teguh bersama Warisan. Sekarang, apa yang penting adalah kita berpegang kepada prinsip Unity (Perpaduan) seperti diajar oleh Presiden Warisan,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Wanita, Wira & Wirawati Warisan 2019, di sini baru-baru ini.

Munirah juga mengingatkan pemimpin Wirawati Warisan untuk kekal teguh dengan perjuangan parti.

“Kita kena ingat asas perjuangan kita dimana kita bermula sebagai wanita muda yang sayangkan negeri dan ingin melihat perubahan. Kita bermula dengan perjumpaan kecil melalui aktiviti rumah ke rumah,” jelasnya.

Namun, Wirawati berjaya berkembang dalam sebuah parti.

Tambahnya, Wirawati yang ada hari ini masih setia dan teguh untuk berdiri bersama Warisan. Kepimpinan bukan mengenai pilihan raya akan datang sebaliknya, ia adalah untuk berjuang demi generasi akan datang.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started