PHOONG JIN JZE

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Ke arah membina Malaysia Baharu 2.0, blok pembangkang harus mengembalikan semula keyakinan rakyat dengan memilih ketua pembangkang baharu.

Kepimpinan, idea, polisi dan pasukan baharu diperlukan dalam melahirkan Malaysia Baharu 2.0.

Pemimpin pembangkang mengatakan mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan namun, ia tidak berlaku dan idea untuk bergabung dengan UMNO telah menimbulkan keraguan ramai orang. Begitu juga dengan sokongan terhadap belanjawan yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, jika PH dan blok pembangkang tidak mencari kaedah penyelesaian, pembangkang bukan hanya akan kehilangan sokongan tetapi juga, kehilangan kepercayaan daripada golongan belia yang ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Kita telah melihat rakyat dari pelbagai generasi dan kaum bangkit bersama pada 9 Mei 2018 bagi menentang rejim Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Malaysia Baharu.

“Pertemuan semula Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, lantikan menteri termuda Syed Saddiq dan lantikan Lim Guang Eng sebagai Menteri Kewangan memperlihatkan pendamaian yang hebat dilakukan demi Malaysia Baharu 1.0.

“Kini, rakyat kecewa terhadap PH berikutan politik cara lama. Pemimpin pembangkang yang menyatakan mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan telah dipersendakan. Pemimpin politik kanan tamakkan kuasa, kenyataan berbaur perkauman dan keagamaan semakin teruk.

“Oleh itu, jika kita ikhlas untuk membina semula Malaysia Baharu 2.0, kita kena beralih kepada politik baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jin Zhe berkata, beliau sentiasa percaya kepada politik baharu sejak bergiat dalam arena politik. PH perlu memecahkan tradisi dengan berani untuk membuat keputusan bagi memilih ketua baharu. Ini demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap PH.

Katanya, sebagai pemimpin muda di Sabah, beliau melihat politik baharu harus melibatkan pembaharuan di peringkat persekutuan. Apa yang lebih penting, berpegang kepada keadilan, integriti dan nilai yang diinginkan oleh generasi muda di negara ini.

2 responses to “BLOK PEMBANGKANG PERLU BERANI LANTIK KETUA BAHARU – PHOONG JIN JZE”

  1. DIUN MAHALI avatar

    KITA MAHU GENERASI MUDA UNTUK MEMBANTU PEMBANGKANG.AKAN TETAPI JANGAN TERBURU BURU UNTUK MENUKAR KEPIMPINAN PH..NATIZAHNYA MUNGKIN KEMPUNAN UNTUK MENAWAN PUTERA JAYA.

    Like

  2. MALAYSIA 2021 – AYUH BANGKIT BERSAMA, BERSATU MEMBINA NEGARA LEBIH BAIK – SABAH TODAY – BORNEO PAGENEWS avatar

    […] BLOK PEMBANGKANG PERLU BERANI LANTIK KETUA BAHARU – PHOONG JIN JZEIn “Uncategorized” […]

    Like

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started