
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata menyeru Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor agar memanggil ADUN Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee agar diberikan taklimat mengenai kewangan Sabah.
Sarifuddin tampil memberi celahan selepas Yong beberapa kali bangkit mencelah sepanjang perbahasan Belanjawan 2021 oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Kata Sarifuddin, Ketua Menteri boleh memberikan taklimat kepada Yong kerana beliau kelihat tidak faham tentang perkara berkaitan royalti minyak atau pemilikan 20 peratus Petronas dan hutang RM1 bilion peninggalan Barisan Nasional (BN) yang dibayar kerajaan Warisan Plus pada 2019.
“Sebenarnya saya rasa yang berhormat dilantik tidak faham sebenarnya apa yang dimaksudkan share (pemilikan) tadi, share ini bukannya untuk di pasaran saham tetapi maknanya Petronas memberikan kita share 20 peratus milikan bukan di pasaran saham seperti Felda Global.
“Yang kedua berkenaan bayaran bon sebenarnya kerajaan telah mewujudkan satu dana iaitu sinking fund untuk membayar balik RM1 bilion ini saya rasa yang berhormat perlu diberikan taklimat yang berhormat Ketua Menteri supaya dia faham apa keadaan yang berlaku sebenarnya semasa 2019,” kata Sarifuddin.
Terdahulu dalam perbahasannya, Mohd. Shafie menegaskan Sabah hampir mendapat pemilikan 20 peratus Petronas sebagai alternatif kepada bayaran royalti minyak 20 peratus yang telah dijanjikan kepada Sabah oleh Pakatan Harapan (PH).
Soal pembayaran hutan RM1 bilion peninggalan BN, Mohd. Shafie berkata, kerajaan menggunakan wang hasil daripada penjimatan untuk melangsaikannya disebabkan perjanjian yang dimeterai menyatakan pembayaranm sekali gus bukannya secara berkala.
Bagaimanapun, Yong tidak memahami perkara itu dan bangkit mempersoalkan kemungkinan Sabah akan rugi jika Petronas diswastakan dan turut mempersoalkan jika Mohd. Shafie terpaksa meminjam wang daripada bank lain untuk membayar hutang RM1 bilion dalam bank berlainan.

Leave a comment