SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal hari ini menyekolahkan wakil rakyat kerajaan berhubung tuduhan kononnya beliau takut kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir Sabah.

Shafie (WARISAN-Senallang) menegaskan, beliau sebaliknya berunding dengan Dr. Mahathir sepanjang masa berhubung janji bayaran royalti minyak 20 peratus yang telah dijanjikan kepada Sabah oleh Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum 2018.

Beliau berkata, Dr. Mahathir pada dasarnya telah bersetuju memberikan Sabah pemilikan sejumlah peratusan terhadap Petronas sebagai pilihan lain yang sudah tentu memberi limpahan kekayaan kepada negeri ini, namun tidak terlaksana akibat tindakan Langkah Sheraton.

“Maknanya kalau ia kita tukar menjadi saham (pemilikan dalam Petronas), maka kita bukan hanya mempunyai lima peratus royalti hasil daripada Petronas, yang kedua kita mempunyai hasil daripada cukai jualan lima peratus, yang ketiga kita mempunyai dividen kerana kita pemilik.

“Kalau kita menjadi pemilik kepada Petronas apa juga operasi yang Petronas ada sama ada dalam negeri di wilayah Sabah atau di Malaysia termasuk di dunia di Kanada, Asia Barat, hasil yang mereka peroleh akan dikongsi bersama dengan pemegang saham yang ada.

“Maka anda boleh bayangkan kerja yang telah dilakukan bukan kita takut tetapi kita mahu tahu apa sebenarnya manfaat yang kita peroleh,” katanya ketika perbahasan Belanjawan Sabah 2021 hari ini.

Terdahulu, ADUN Dilantik, Yong Teck Lee bangkit mencelah perbahasan itu dan meminta Shafie menjelaskan mengenai pemilikan 20 peratus Petronas.

Dalam perbahasannya, Shafie berkata, Dr. Mahathir telah menjelaskan bahawa jika bayaran royalti dinaikkan sehingga 20 peratus, maka sudah tentu keupayaan kewangan Petronas akan terjejas.

Sebab itulah katanya, beliau meneruskan rundingan tanpa membawa perkara itu ke mahkamah yang hampir membawa kejayaan jika bukan kerana tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) merampas kerajaan.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started