
SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Projek kontroversi Empangan Kaiduan yang mendapat tentangan hebat penduduk Penampang suatu ketika dahulu, kini akan dilaksana semula dibawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hari ini, kerajaan GRS mengumumkan akan melaksana Empangan Kaiduan bagi menggantikan Empangan Papar dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air sekitar Papar dan Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, kajian sudah dilakukan bagi melaksana Empangan Kaiduan. Ia akan tetap dilaksana mengikut penilaian yang diberikan melalui Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) mengenai status empangan yang akan menggantikan Empangan Papar, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) September lalu, pemimpin GRS begitu hebat mempertikaikan keputusan Warisan meneruskan pembinaan Empangan Papar.
Namun, kini mereka (GRS) kembali membuat pusingan-U untuk membina empangan di kawasan yang sama.
Pembinaan Empangan Papar dibawah kerajaan Warisan dianggarkan memerlukan perbelanjaan berjumlah RM3 bilion.
RALAT: Projek yang akan dilaksana dibawah kerajaan GRS bagi mengatasi masalah air di Sabah adalah ‘Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa 3” dan ia akan menggantikan projek pembinaan Empangan Papar/Empangan Kaiduan.

Leave a comment