GAMBAR HIASAN

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah diminta meneruskan keputusan Kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebelum ini untuk tidak memperbaharui lesen premis judi mesin slot bagi memastikan gejala perjudian dapat diatasi.

Sarifuddin Hata (WARISAN-Merotai) berkata, kehilangan hasil cukai kerajaan sebanyak RM18 juta jika tiada lesen judi diperbaharui lebih baik berbanding masalah sosial dan kerosakkan institusi rumah tangga yang berlaku disebabkan ketagihan kepada judi.

SARIFUDDIN HATA

“Walaupun keputusan ini dibuat dahulu melibatkan implikasi kewangan iaitu pengurangan hasil cukai jualan atas pertaruhan melalui mesin slot sebanyak lebih kurang RM18 juta setahun namun ianya menyebabkan masalah  sosial yang lebih teruk termasuk merosakkan institusi keluarga yang terlibat dengan aktiviti judi mesin slot ini.

“Ramai yang terlibat dengan aktiviti mesin slot ini juga terlibat  dengan Along atau peminjam wang haram kerana ketagih berjudi dan akhirnya ramai yang muflis dan bercerai suami isteri dan yang menanggung akibatnya adalah anak-anak yang masih kecil,” katanya ketika perbahasan Belanjawan Sabah 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sarifuddin berkata, Kerajaan GRS kini mempunyai sumber pendapatan lain iaitu cukai jualan produk petroleum yang bernilai RM1.25 bilion, justeru kehilangan RM18 juta cukai daripada perjudian tidak akan memberi kesan kepada kewangan negeri.

“Saya berpendapat bahawa aktiviti ini, lebih besar mudaratnya kepada rakyat negeri Sabah. Kehilangan hasil RM18 juta setahun melalui cukai jualan atas penjualan pertaruhan melalui mesin slot  adalah tidak menjejaskan kewangan negeri berbanding punca pendapatan baharu yang kita perolehi melalui cukai jualan Petroleum yang akan di kutip sebanyak RM 1.25 billion.

“Saya yakin bukan sahaja saya tetapi sebahagian besar ahli-ahli yang berhormat yang ada dalam dewan ini juga bersetuju bahawa mesin judi slot ini harus di hapuskan terus di negeri Sabah termasuk  sahabat saya wakil rakyat yang dilantik mewakili parti PAS dalam Kerajaan GRS, ini bagi memastikan negeri sabah yang tercinta ini  lebih mendapat keberkatan,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started