JANNIE LASIMBANG

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Kenyataan Pembantu Menteri Kerja Raya bahawa pembinaan Empangan Kaiduan/Papar akan terus dilaksana dibawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengejutkan sidang Dewan.

Pemimpin GRS yang sebelum ini mengecam tindakan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mahu membina Empangan Papar ternyata hanya mainan politik semata-mata.

Kesungguhan mereka mempertahankan hak Orang Asal hanya ditaburkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pembinaan Empangan Papar berada dikawasan terpencil yang tidak melibatkan ramai penghuni namun, Empangan Kaiduan akan menjejaskan ramai masyarakat yang tinggal di sepanjang Ulu Sungai Papar.

Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) berkata, beliau agak terkejut apabila Datuk Limus Jury menyatakan kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan Empangan Kaiduan.

“Ketika saya bertanya soalan tambahan kepada pembantu menteri itu, beliau mendedahkan pembinaan Empangan Kaiduan akan diteruskan mengikut penilaian Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS),” katanya semasa Sidang DUN Sabah, semalam.

Jannie berkata, beliau masih kekal dengan pendirian bahawa masyarakat Orang Asal berhak membantah projek tersebut.

Sebelum ini beberapa alternatif bagi empangan telah dikemukakan oleh pakar namun, tidak pernah dipertimbangkan.

Bekas Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Felix Tongkul sebelum ini menyatakan kawasan tadahan air merupakan pilihan yang boleh diambil dan pakar dari Green Empowerment mencadangkan untuk kitar semua air atau melakukan tadahan air hujan.

Kerajaan GRS perlu mengotakan janji dalam menggunakan teknologi moden bagi melaksana projek bekalan air yang boleh melindungi aset penting seperti tanah, hutan dan sungai di negeri ini.

BERITA BERKAITAN: –
https://thesabahtoday.news.blog/2020/12/22/empangan-kaiduan-kembali-dibawah-kerajaan-gabungan-rakyat-sabah-grs/

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started