SARIFUDDIN HATA

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengingatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa hutang bon RM1 bilion peninggalan Musa Aman telah dibayar oleh Kerajaan WARISAN pada tahun 2019.

Bekas Pembantu Menteri Kewangan, Sarifuddin Hata berkata, kerajaan ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal.

“Adakah Hajiji Ketua Menteri pada 2019? Adakah Gabungan Rakyat Sabah kerajaan pada waktu itu? Hajiji perlu melihat semula rekod terutama tarikh pembayaran.

SHAFIE APDAL

“Shafie bukan sahaja bercakap tentang isu bon itu secara panjang lebar, tetapi menjelaskannya di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri sehingga semua memahaminya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafie yang juga Presiden WARISAN telah menjelaskan mengenai pembayaran bon berkenaan Isnin lalu.

Bon RM1 bilion itu diambil oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan matang penghujung 2019. Hutang itu dibayar mengikut waktu secara sekali gus seperti ditetapkan bank.

Sarifuddin berkata, bon tersebut berjaya dibayar selepas Kerajaan WARISAN melakukan penjimatan dan perbelanjaan berhemah.

“Ada dana disediakan melalui Sabah Development Bank (SDB) tetapi hanya sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membayar bon untuk memastikan bank tetap mempunyai kecairan.

“Bagi dana untuk membayar bon tersebut datang daripada srizab kerajaan dan bank-bank lain yang menyimpan duit kerajaan.

“Apa yang saya mahu sampaikan ialah Kerajaan WARISAN mengambil langkah serius untuk membayar bon tersebut dan berjaya melakukannya,” tegas beliau.

Katanya, Hajiji baru sahaja memanaskan kerusi empuknya, justeru masih belum mengetahui sepenuhnya aspek pengurusan kewangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, rekod tetap menunjukkan bahawa Kerajaan WARISAN telah membayar hutang berkenaan.

“Rakyat sekarang lebih berpengetahuan. Hajiji tidak boleh menggunakan taktik mengelirukan rakyat dan menafikan bahawa Kerajaan WARISAN yang telah membayar hutang bon bernilai RM1 bilion itu,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started