Shafie, kiri, bersama Najib dan Zahid menghadiri kenduri tahlil Allahyarhamah Tun Rahah, ibu kepada Najib

SABAHTODAY
KOTA KINABALU: Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menjelaskan tiada perbincangan politik berlaku bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas gambar ketiga-tiga pemimpin berkenaan makan malam bersama tular.

Shafie menjelaskan, gambar itu diambil pada malam hari Jumaat ketika beliau menghadiri kenduri tahlil ibu Mohd. Najib, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang juga isteri Tun Abdul Razak.

“Saya menghadiri tahlil untuk Tun Rahah.

“Tiada kaitan dengan politik. Saya secara peribadi kenal keluarga mereka dan hadir sebagai penghormatan kepada Tun Rahah,” katanya hari ini.

Tun Rahah meninggal dunia pada 18 Disember.

Shafie berkata, beliau tidak dapat menghadiri pengkebumian Tun Rahah kerana menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 18 hingga 23 Disember.

Katanya, Raja Permaisuri Agong turut menghadiri kenduri tahlil dan makan malam diadakan selepas itu.

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara pada 19 Disember manakala kenduri tahlil diadakan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi semalam.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started