TERRENCE SIAMBUN

SABAHTODAY

PENAMPANG: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menentang cadangan memindahkan Empangan Papar kembali ke Penampang dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terrence Siambun bertekad untuk sekali lagi menentang perkara tersebut.

Terrence berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas cadangan berkenaan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar.

“Pendirian kami tentang perkara ini konsisten, Moyog tidak boleh terus menerus berkorban untuk orang lain dengan membenarkan empangan mega itu dibina di kawasan hijau Penampang.

“Ketika ini, Moyog menyalurkan bekalan air terawat kepada ribuan pengguna setiap hari melalui Loji Rawatan Air Kasigui dan Empangan Babagon, justeru kawasan lain juga perlu berkongsi tanggungjawab itu dan itulah sebabnya kenapa WARISAN membatalkan Empangan Kaiduan dan menggantikannya dengan Empangan Papar,” kata Terrence.

Sebelum ini, Terrence yang merupakan ADUN Moyog antara 2013 hingga 2018 mengetuai Gerakan Anti Kaiduan yang dikenali sebagai Projek BANTAH.

Melalui Projek BANTAH, Terrence berjaya mengumpul tandatangan orang ramai dalam satu petisyen yang dibuat sejak penghujung 2013 hingga awal 2014 selepas berbalas pandangan dengan bekas Menteri Kerja Raya, Joseph Pairin Kitingan.

“Isu membina empangan baharu di Moyog melangkaui perdebatan tentang alam sekitar, ini menunjukkan bagaimana sebuah kawasan kecil telah dipijak-pijak dan ditekan berkali-kali sehinggalah kawasan tanah luas yang dibanggakan selama ini hilang,” katanya.

Mungkin generasi muda Penampang berumur 40 tahun ke bawah tidak tahu tetapi daerah ini sebelum ini sangat besar sehingga ke Sepanggar, namun disebabkan agenda tersembunyi terdahulu untuk mengurangkan dominasi itu, pengecilan selama bertahun-tahun menjadikan daerah ini hanya seperti apa yang tinggal sekarang.

“Saya melihat pengecilan ini merupakan penghinaan dan sebagai pemimpin, tanggungjawab utama kami adalah mempertahankan tanah asal kami.

“Maka kami tidak akan membiarkan pengambilalihan tanah secara besar-besaran di Moyog terus berlaku dan jika kerajaan GRS masih mahu meneruskan cadangan itu, WARISAN dengan sekutunya akan melakukan apa sahaja untuk menghalang.

“Biarlah apa sahaja kritikan atau tekanan ke atas kami, kami akan terus berjuang kerana kami tidak rugi apa-apa, kami sudah berjuang sejak Musa Aman dan Pairin Kitingan berada di puncak kuasa dan sekarang sebagai waris yang diberikan kepercayaan, kami akan terus mempertahankan Moyog,” katanya.

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started