
Oleh AHLI PARLIMENT & SENATOR
KOMEN: Malaysia merekodkan sebanyak 1,741 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan ialah 120,828 kes.
Beberapa negeri pula dilanda banjir dengan lebih 15,000 rakyat dipindahkan.
Pengangguran yang berlaku atau pengurangan pendapatan kepada banyak keluarga sepanjang tempoh pandemik masih belum selesai.
Dengan keadaan yang meruncing ketika ini, kami amat terkejut dengan permintaan berterusan UMNO supaya pilihan raya mengejut dilakukan.
Baru sahaja bulan lepas Parlimen meluluskan Belanjawan bernilai RM322.5 bilion, yang terbesar dalam sejarah negara kerana kononnya untuk melawan Covid-19.
Tidak sampai tiga minggu Belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat itu diluluskan, kini UMNO mahu pilihan raya sebagai langkah untuk mendapat kuasa lebih besar dengan mengorbankan keselamatan kesihatan rakyat Malaysia.
Akhirnya, wajah sebenar UMNO terserlah.
Diingatkan dengan gesaan Najib sebelum ini agar setiap ahli UMNO mempertahankan Putrajaya walau apa cara sekalipun.
“Mati sekalipun, saudara dan saudari, apa pun berlaku kita mesti pertahankan Putrajaya”.
Rakyat Malaysia mesti menolak perkara jahat seperti itu dan cita-cita peribadi untuk mendapat kuasa.
Kita telah hilang terlalu banyak selama bertahun-tahun lamanya disebabkan rasuah dan kegagalan pentadbiran.
Negara ini perlu disembuhkan dan masanya adalah sekarang.
- Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Marzuki bin Haji Yahya (Senator)
13. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
14. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

Leave a comment