AWANG AHMAD SAH

Oleh AWANG AHMAD SAH DATUK SAHARI
KOMEN: Sebagai wakil rakyat saya amat berdukacita bila mendapati, Bantuan Bakul makanan kepada mangsa kuarantin Covid-19 terlalu lambat disalurkan kepada mangsa.

  1. Saya mendapat aduan daripada beberapa penduduk bahawa bantuan makanan yang sepatutnya disegerakan oleh pihak kerajaan masih belum diberikan walaupun senarai nama sudah diberikan kepada pihak berwajib.
  2. Menurut mereka, kelewatan tersebut adalah disebabkan terlalu banyak birokrasi dan prosedur yang perlu dipatuhi.
  3. Antaranya, perlu mendapatkan pengesahan daripada KKM sebelum bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedangkan mereka ini semua menjalankan pemeriksaan melalui KKM sendiri.
  4. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara ini memandangkan ada mangsa yang sudah hampir habis bekalan makanan mereka.
  5. Kelewatan ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya juga diberitahu bahawa stok bekalan sudah tersedia namun tidak dapat disampaikan kepada mangsa kerana prosedur yang lembab.
  6. Kenapa harus menunggu sedangkan nama-nama tersebut diberikan dan disahkan oleh Ketua Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dilantik sendiri oleh pihak kerajaan?
  7. Oleh sebab itu, saya menyeru agar kerajaan bersifat People Centric dalam menangani masalah bantuan kemanusian kepada rakyat yang dalam kesusahan terutama sekali dalam situasi pendemik ini.
  8. Jangan susahkan rakyat dengan prosedur yang tidak masuk akal seolah-olah membuat permohonan bantuan kewangan seperti E-Kasih, BPN dan sebagainya.
  9. Untuk rujukan, saya telah mengarahkan pegawai-pagawai saya menghantar bantuan makanan kepada mangsa-mangsa kuarantin melalui senarai nama yang diperolehi daripada Ketua Kampung sejak beberapa hari yang lepas dan akan berterusan.
  10. Pihak kerajaan seharusnya lebih proaktif dalam menangani masalah ini sepertu mana yang dilakukan oleh kerajaan Warisan Plus semasa PKP.
  • Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Sahari adalah ADUN N23 Petagas

Leave a comment

I'm Emily

Welcome to Nook, my cozy corner of the internet dedicated to all things homemade and delightful. Here, I invite you to join me on a journey of creativity, craftsmanship, and all things handmade with a touch of love. Let's get crafty!

Let's connect

Design a site like this with WordPress.com
Get started